Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul

USTAZ ABDULLAH MAHMUD….

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.




 
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.
  
DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1)   ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA 

2)   RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN 

3)   “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA   ب  
      TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA                  TADAH.    SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA.         HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN                     MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH            ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4)   DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR.        JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR. 

5)   SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA         ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU.             CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH                     AR-RAZAQ      DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW 

6)   BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI           KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA                   BICARA  TULUS HAMBA-HAMBANYA 

7)   AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA           INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM……..

Berikan vaksin sekarang!!!!!

Berikan vaksin sekarang untuk lebih perlindungan daripada penyakit PNEUMOKOKAL...

*Penyakit pneumokokal, diperingkat global adalah punca umata kematian kanak-kanak dibawah umur 5tahun. Namun begitu, ia adalah penyakit yang boleh dicegah dgn vaksin.

*Penyakit pnuemokokal disebabkan oleh bakteria streptokokus pneumoniae dan boleh menyebabkan jangkitan lalu mengakibabkan kerosakan otak, jangkitan paru-paru dan kepekakan.

*Terdapat 13 jenis bakteria streptokokus pneumoniae yang menyebabkan 80%-90% penyakit invasif dalam kanak-kanak di seluruh dunia.

Tanya doktor anda tentang 13 jenis bakteria streptokokus pneumoniae yang paling biasa. Berikan vaksin kepada anak anda sekarang untuk mendapatkan lebih perlindungan.


Rujukan: Acute Respiratory Infections (update september 2009) : Streptococus pneumonia. World Help Organization http://www.who.inl/vaccine_reaserch/diaseases/ari/en/index3.html

              Pneumococcal Vaccine : What u need you khow. WebMD Children;s Vaccine Health Centre http://children.webmd.com/vaccines/pneumococcal-conjugate-vaccine-what-you-need-khow.

              GAVI's PneumoADIP, Surveillance and Reasearch Report (November 2007)

Mutiara Doa..

Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan..
"..WAHAI Tuhanku,tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engakau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki.."

Doa ketika mendengar kematian atau kemalangan
"..BAHAWASANYA kami kepunyaan ALLAHdan bahawasanya
kami akan kembali kepada-Nya.."

Doa ketika keluar rumah
"..DENGAN nama ALLAH (dalam keadaan) aku menyerahkan diri kepada ALLAH,
tiada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan ALLAH jua.."

Doa mengelak mudarat
"..DENGAN nama ALLAH yang dengan nama-Nya itu tidak akan mendatangkan mudarat sesuatu pun sama ada dilangit atau dibumi dan Dialah ALLAH Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."

Doa mendapat berita gembira
"..SEGALA puji kepunyaan ALLAH,Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmat_nya dan menandingi kautamaan-Nya.."

Doa menghilangkan rasa marah
"..Aku berlindung diri dengan ALLAH daripada syaitan yang terkutuk;Ya ALLAH,ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku daripada syaitan yang terkutuk.."

Doa ketika menghadapi susah nak tido
"..TIDAK ada Tuhan kecuali Engkau. Maha Suci Engkau;sesungguhnya aku termasuk
orang yang menganiaya diri.."

Doaku untukmu...

Assalammualaikum...
Doa ku untuk mu...
dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah