Kelebihan Surah Al Mulk

Sunnah yang sering dilupakan manusia sekarang iaitu membaca surah al-mulk. Banyak kelebihan yang dijanjikan Allah kepada orang yang mengamalkan bacaaan surah al-mulk sebelum dia masuk tidur. Rasulullah S.A.W sebelum baginda masuk tidur, baginda akan membaca dua surah iaitu surah sajdah dan AL-MULK.


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Al-Sajdah dan Al-Mulk.
[HR At-Tarmizi]

Antara kelebihan yang dijanjikan kepada orang yang mengamalkan bacaan surah al-mulk sebelum tidur ---->

1 - Surah ini akan memberi syafaat kepada pembacanya di hari akhirat kelak.

2 - Menyelamatkan pembacanya dari terkena seksa kubur

3 - Berada di bawah naungan sayap para malaikat (rahmat Allah)

4 - Wajahnya bercahaya seperti wajah Nabi Yusuf di akhirat kelak

Nabi s.a.w bersabda;Surah itu datang kepada Malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.