MENGGALI HARTA KARUN
Sebagai renungan...
Seorang ayah yang sedang nazak berwasiat kepada anak-anaknya, “Jika ayah meninggal, kamu bertiga bersihkanlah tanah hutan milik kita di belakang rumah ini. Carilah di dalamnya harta karun yang selama ini ayah simpan untuk kamu.”
Spontan anak yang sulung bertanya, “Bolehkan ayah beritahu secara tepat lokasi harta karun itu?”
Si ayah hanya menggeleng-geleng kepala.
“Bang, tak payahlah kita paksa ayah. Ayah, kan tenat...’” kata anak bongsu.
“Eh, kau ni! Bukan senang nak bersihkan kawasan seluas itu. Kalau ayah beritahu tempatnya, kan senang?” Sampuk anak keduanya.
Tidak lama kemudian ayah mereka meninggal dunia. Lalu, kedua-dua anak yang sulung dan anak kedua tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan dan menggali di tempat-tempat yang mereka rasa harta karun itu berada. Setelah beberapa lama menebas dan menggali, harta karun masih tidak ditemui.
ERTI SYURGA DAN NERAKA
Sebagai Renungan..
Alkisah ada seorang pesilat yang sangat suka bertarung. Semua yang menentangnya dengan mudah dikalahkannya. Namun hatinya tetap tidak tenang. Dia ingin mencari pengertian yang lebih mendalam tentang erti kejayaan dan kekuatan. “Untuk itu, engkau mesti memahami dahulu erti Syurga dan Neraka,” saran seorang sahabat karibnya.
“Di mana?”
“Daripada seorang guru sufi di hujung negeri,” cadang sahabatnya lagi.
Si pesilat menuju tempat guru sufi yang dimaksudkan. Dia sedang mengajar anak-anak muridnya. Spontan pesilat itu terus bertanya tentang erti Syurga dan Neraka.
Dengan nada tenang guru sufi itu menjawab, “Aku tidak akan melayan pertanyaan daripada orang yang sombong dan bodoh.”
Berasa dirinya terhina, si pesilat mencabut kerisnya untuk bertarung dengan guru sufi itu.
“Kau akan rasa penangan kerisku ini!” Teriak si pesilat sambil memencak langkah silatnya.
TANPA SINERGI TIMBUL TRAGEDI
Sekumpulan besar arnab dan tikus berperang habis-habisan. Puncanya ialah mereka berebut untuk menguasai satu kebun keledek berhampiran tempat tinggal mereka. Sudah banyak nyawa terkorban bagi kedua-dua belah pihak, namun mereka terus berperang.
Akhirnya hanya seekor tikus dan seekor arnab sahaja yang tinggal. Itupun tubuh badan kedua-duanya cedera dan luka-luka. Nampaknya kini mereka berdepan satu lawan satu.
“Ini pertarungan penentuan!”
“Ya, ini persoalan hidup atau mati!”
“Mengapa kamu perlukan sangat kebun keledek itu? Mengapa kamu tidak cari sahaja makanan dalam hutan dan serahkan kebun keledek itu kepada kami?” Kata arnab.
“Di hutan, makanan sudah semakin kurang. Kami terpaksa bersaing dengan binatang lain,” jawab tikus.
“Oh, begitu...,” kata arnab mula memahami.
“Kenapa pula kamu sangat inginkan kebun itu?” Tanya tikus.
“Kami pun sama juga. Sekarang musim kemarau. Kami kehabisan makanan. Jika kami tidak dapat kebun keledek itu kami akan mati.”
Langgan:
Catatan (Atom)