Kisah Ayam & Lembu
Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya sugul seperti memikirkan sesuatu.
"Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!" kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.
Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara, "Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan lembu," Lalu dia pun bercerita..
Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.
Ia berkata kepada sang lembu, "Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"
"Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,"tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala
"Sang lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup..."
Moral:
Berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan sihat. Jangan menunggu ketika kita sudah meninggal dunia, baru mengharapkan orang lain untuk berbuat kebajikan atas nama kita.
Berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan sihat. Jangan menunggu ketika kita sudah meninggal dunia, baru mengharapkan orang lain untuk berbuat kebajikan atas nama kita.
Sumber : Bahagian Integriti KPDNKK
MENGGALI HARTA KARUN
Sebagai renungan...
Seorang ayah yang sedang nazak berwasiat kepada anak-anaknya, “Jika ayah meninggal, kamu bertiga bersihkanlah tanah hutan milik kita di belakang rumah ini. Carilah di dalamnya harta karun yang selama ini ayah simpan untuk kamu.”
Spontan anak yang sulung bertanya, “Bolehkan ayah beritahu secara tepat lokasi harta karun itu?”
Si ayah hanya menggeleng-geleng kepala.
“Bang, tak payahlah kita paksa ayah. Ayah, kan tenat...’” kata anak bongsu.
“Eh, kau ni! Bukan senang nak bersihkan kawasan seluas itu. Kalau ayah beritahu tempatnya, kan senang?” Sampuk anak keduanya.
Tidak lama kemudian ayah mereka meninggal dunia. Lalu, kedua-dua anak yang sulung dan anak kedua tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan dan menggali di tempat-tempat yang mereka rasa harta karun itu berada. Setelah beberapa lama menebas dan menggali, harta karun masih tidak ditemui.
Langgan:
Catatan (Atom)


