AWAS!!!! SINDIKET ‘BANK NEGARA’ PALSU akan menghubungi anda


Ni emel aku terima pagi td…aku kongsikan kt korg..mn tau leh bantu korg utk selamatkan harta bende korg…


Kalau terima panggilan dari nombor CALL 1 @ no number @ 0060321677722 memperkenalkan diri mereka sabagai pegawai bank (macam-macam bank cimb,maybank @ MBF malaysian borneo finance ) mereka akan sebut nama dan i/c kita dengan betul dan memberitahu mengenai permohonan kad kredit @ permohonan penambahan kredit limit kita dari 10k kepada 20k,

kata mereka macam ni
" selamat pagi Encik, semalam pihak bank ada terima pangilan dari pihak encik untuk membuat permohonan penambahan kredit limit utk kad encik yang bernombor 54407400 bla..blaa...blaa..."

sedangkan kita tidak memiliki sebarang kad kredit atau tidak pernah membuat sebarang permohonan penambahan kredit limit di mana-mana bank.
(AWAS INI HANYA PERANGKAP!!!!) supaya kita panic!!!!! gabra sekejapp.

sudah tentu kita sudah terfikir yg maklumat kita telah dicuri utk permohonan kad kredit palsu !!!!
“habis laa aku, mesti org tu dah gunakan kad kredit tu kaw-kaw, beli macam-macam , betul tak?

Kita pun cakap kat pegawai bank palsu tu “ saya TIDAK PERNAH ada kad kredit atau membuat sebarang permohonan”

dalam kepala otak aku terfikir “ aku black list dah hampir 10 tahun pun masih boleh buat kad kredit??? Bira betulll hehehehe
Nanti dia akan balas semula percakapan kita tadi dengan ayat

“ BETUL KE ENCIK TIADA SEBARANG KAD @ MEMBUAT SEBARANG PERMOHONAN ? TETAPI ENCIK, KAD ENCIK NI MASIH AKTIV DAN ADA MEMBUAT PEMBELIAN DAN PENGELUARAN WANG SEBANYAK RM 9,740.00 DI SENTOSA SINGAPURA CASINO PADA 11/2/12 DAN PIHAK KAMI ADA MENERIMA PERMOHONAN DARI ENCIK UTK MENAMBAHKAN KREDIT SEBANYAK 10K LAGI KE DALAM AKAUN MBF MASTER GOLD CARD ENCIK.


Termenung sekejappppp……..Lagi lerrrr haru biruuuuu kepala kita bila dengar CASINOOOOO!!!! RM 9 ribuuuuuuuuuu sudah keluar……kekekekeke
bila kita menafikan yg kita tidak pernah membuat permohonan atau mempunyai sebarang kad kredit , pihak sendikit terus MASUK JARUM dengan memberi nasihat yang amat dasyat kalah nasihat seorang ibu kepada anak nya

(take care sungguh ) tak pernah aku jumpa bank baik macam ni ) mengatakan yang maklumat kita telah dipalsukan . sendikit akan mencadangkan kita agar membuat aduan terus kepada BANK NEGARA MALAYSIA – KE PUSAT ADUAN KAD PALSU-

sendikit akan berkali-kali MENASIHATKAN KITA supaya cepat-menghubungi BANK NEGARA supaya bank Negara dapat MELAKUKAN SIASATAN ADA TAK PERMOHONAN KAD KREDIT UNTUK AKAUN BANK YANG LAIN . (ni lagi perangkap paling bahaya)

dan diakhir perbualan pihak sendikit akan bertanya “ Encik ada no BANK NEGARA MALAYSIA???? “
berapa kerat jer org awam akan simpan no tel BNM, betul tak??? kita pun cakap ” Tiada !!” dan sekali lagi jarum akan dicucuk pada kita.


Ok ENCIK… INI NO TELEFON BANK NEGARA MALAYSIA , ENCIK BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT DI UNIT PEMALSUAN KAD KREDIT DI NOMBOR – 03- 27884722 EXT 1109. (sebenarnya ini no sedikit dia org yang berada di KL )

Hehehe saper yang tengah panic sudah tentu ler lepas ni terus call no BANK NEGARA yang diberikan siap dengan ext lagi
tuuuu………….dan bila korang call akan ada sekor pegawai bank palsu akan angkat dan melakukan penyiasatan dan paling best sekali akan dia akan
MEMINTA SEMUA NOMBOR AKAUN BANK YANG KITA ADA (MAYBANK,CIMB, BSN, MANGKUK BANK SEMUA LERRR BANK YG KITA ADA) DENGAN ALASAN UTK MELIHAT ADA ATAU TIDAK PERMOHONAN KAD KREDIT UTK AKAUN TERSEBUT, DAN YANG SEBENARNYA AKAN MENGAKIBATKAN DUIT KITA YG ADA DIDALAM AKAUN TU AKAN HILANG HABIS DISEDUTTTT OLEH SENDIKIT INI………..

Kalau korang dapat call dan jln cerita dia lebih kurang macam citer aku ni , aku nasihatkan korang call terus no bank Negara yang sebenar ni dulu untuk menyelamatkan korang kehilangan beribu-ribu duit dalam akaun,

nahhh ni no tel yang senenarnya BANK NEGARA MALAYSIA Telefon 60(3) 2698-8044 lepas tu korang cepat-cepat ler buat laporan polis , sbb sendikit tu dah ada maklumat diri kita nama penuh dan no i/c yang betul , bimbang nanti dia akan buat projek lain pulak. Jadi pengundi hantu kekekeke

pada mulanya aku hampir-hampir terrrr pedaya jugak lerr lya, bila dengar rm 9k sudah keluar kat casino, last-last aku terfikir pasal no bank yg dia beri tu, 03-27884722 ext 1109 ,
aku cuba call dan masukkan ext no lain 1104 hingga ler ker ext 1108 dan aku cuba tekan 0 utk operator, tetapi tak der. bila aku masuk ext 1109 terus jerrr masuk line . hehehehe sudah kantoiii bank negara mana ada satu saja ext no betul tak ?

DAN LAGI SATU, bila aku call no bank palsu tu terus masuk mesin
" SELAMAT DATANG KE BANK NEGARA MALAYSIA, SILA MASUKKAN NOMBOR SAMBUNGAN . itu jerrrrr.....kalau yg original akan cakap " selamat datang ke bank negara malaysia , sila masukkan no sambungan atau TEKAN 0 UNTUK BANTUAN OPERATOR.....
hehehe bank negara cakap ini sendikit dari PENDATANG TANAH BESAR CHINA dgn bantuan dan maklumat dari rakyat tempatan. meraka siap ada skrip lagi . kalau korang tanya lebih-lebih sure berbelit lidah china tu nak menjawab sebab diluar skrip heheheh

aku ada tanya pada sorang polis tu, kenapa x dapat cari no tel dengan alamat sekali, dia cakap sindikit ni x berdaftar dgn telekom, mereka mendaftar di syarikat lain dan no tel tu jenis wireles boleh dibawa kemana-mana. bukan talian kabel macam telekom tapi jenis mobil boleh pindah-pindah.

dan juga kalau dapat alamat pun bila serbu dalam rumah cuma ada set mesin menjawab talifon, dan talian sambungan 1109 tu akan disambung semula keluar negara. bagi mengelirukan pihak polis. dia org tidak beroperasi di dalam malaysia , hanya sewa primis kosong di KL dan letak server atau mesin auto divert. bijak kan?????

no tel BANK NEGARA MALAYSIA yg benar-benar asli 60(3) 2698-8044

Enam Topi Berfikir Edward de Bono

-->
Sekadar untuk menambah ilmu -
Berfikir secara selari -menggunakan teknik ~Enam Topi Berfikir Edward de Bono



Selalu berfikir secara serentak, terlalu banyak yang masuk dalam otak.

Tetapi dengan kaedah pemikiran selari 'paralel thinking' kita melakukan satu cara berfikir sahaja. Kaedah ini digunakan oleh jurutera pereka TV warna. Dalam TV ada tiga tiub, tiap-tiap satu tiub mengeluarkan warna-warna yang berlainan.
Tapi pada skrin TV tiap-tiap warna bergabung dan menghasilkan warna-warna yang penuh. Dalam proses percetakan gambar, proses yang serupa juga digunakan. Kaedah enam topi berfikir pun begitu.

Topi-topi berfikir yang diciptakan ialah:

Hijau: Pemikiran kreatif

Hijau otak yang subur dengan idea- gunakan topi apabila berfikir. Sewaktu pakai topi ini jangan peduli sama ada idea itu betul atau salah. Lebih banyak lebih bagus. Idea gila gila pun tak apa. Pakai topi ini waktu mula-mula berfikir. Situasi sesuai apabila hendak menyelesaikan masalah.

Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak kehadapan dengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.

Kuning 

Lambang pemikiran konstruktif atau membina. Kuning lambang hari cerah. Digunakan untuk mencari faedah dan manafaat daripada apa-apa idea yang diterbitkan oleh topi hijau. Bagi topi kuning semua idea boleh diperbaiki. Tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh belaka. Idea yang comot sekalipun boleh digilap. Situasi yang paling baik untuk memakai topi ini ialah apabila mendengar idea-idea yang banyak kelemahan.

Putih

Lambang pemikiran objektif. Tujuan untuk mencari maklumat semata-mata. Berapa? Siapa? Di mana? Bila? bagaimana? Tidak emosi. Tidak prejudis. Tidak timbul soal suka atau tidak suka. Gunakan Topi ini sebelum membuat keputusan memilih mana-mana alternatif. Topi ini akan memastikan keputusan yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang betul

43 Perkara Untuk Direnungkan

-->
Berikut ini ada 43 Perkara yang boleh kita sama-sama renungkan. Mana yang boleh diamalkan, kita amalkan. Semoga ada manfaat.

43 Perkara Untuk Direnungkan

1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.


2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.

4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang
    berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.


7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam
    kesederhanaan.

8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.