ni..org laki ptt tahu nie...baca2...

Lelaki perlu bantu perangi kanser payudara..

Setiap tahun, kira-kira 1.2 juta wanita diseluruh dunia disahkan menghidap kanser payudara. Di Malaysia pula, Pendaftar Kanser Kebangsaan melaporkan satu dalam 20 wanita di negara ini berhadapan penyakit berbahaya itu. Lebih malang, penyakit itu dikesan lewat.
Biar sejuta kali akhbar memaparkan cerita berkaitan kkanser payudara dan biar letih pun anda membaca kisah duka pesakit dan keluarga mengharungi saat sukar itu, hakikatnya bilangan pesakit tidak pernah menunjukkan angka penurunan.

Ramai beranggapan kanser payudara hanya membabitkan wanita dan ramai wanita tidak mahu mebuat pemeriksaan awal kerana bimbang akan mengundang pelbagai masalah lain jika disahjkan menghidapi penyakit itu.
Suami menyokong dan majikan memahami, sebenarnya akan memberi lebih kekuatan kepada pesakit yang melalui detik kepahitan itu dengan perasaan lebih tenang kerana rawatan, bakal merubah hampir 360 darjah kehidupan normal kepada luar biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan