Kelebihan Surah Al Mulk

Sunnah yang sering dilupakan manusia sekarang iaitu membaca surah al-mulk. Banyak kelebihan yang dijanjikan Allah kepada orang yang mengamalkan bacaaan surah al-mulk sebelum dia masuk tidur. Rasulullah S.A.W sebelum baginda masuk tidur, baginda akan membaca dua surah iaitu surah sajdah dan AL-MULK.


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Al-Sajdah dan Al-Mulk.
[HR At-Tarmizi]

Antara kelebihan yang dijanjikan kepada orang yang mengamalkan bacaan surah al-mulk sebelum tidur ---->

1 - Surah ini akan memberi syafaat kepada pembacanya di hari akhirat kelak.

2 - Menyelamatkan pembacanya dari terkena seksa kubur

3 - Berada di bawah naungan sayap para malaikat (rahmat Allah)

4 - Wajahnya bercahaya seperti wajah Nabi Yusuf di akhirat kelak

Nabi s.a.w bersabda;Surah itu datang kepada Malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.

Maka Surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka Surah itu bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian.”

Annas berkata;Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan,kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu yang menyelamatkan.”
[HR Ibnu Katsir ]

Daripada Annas Ibnu Malik berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakal-Lazi) yakni Al-Mulk.
[ HR At Tabarani ]

Saidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah s.a.w telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan Surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.”Nabi s.a.w. Itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada siksaan kubur. [ HR At-Tarmizi ]

3 ulasan: