ILKAP-UiTM 2/2017

LAst year abg ada ambik course dip undang2 dgn kerjasama fakulti undang2 UiTM.. last month bru dpt sijil dip. ni abg share skit pic masa konvo ..










ada rezeki try ambik degree plak kt UiTM or UKM...kalo ada rezeki la..

AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS



Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Berkata Al-imam Qurtubi :
"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah :

"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca Al-Quran,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

Berkata Abu Zanad :

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran".

Berkata sebagian ahli tafsir :

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya". 

Bila anda Cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda.

JADIKAN ALQURAN TEMAN D DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHIRAT

Aamiin.....

sukan ter...

dh lama aku x bersukan.. tiba2 wakil kementerian... apa kejadahnyer..

team makswip 2018 kementerian

team komuniti 8r2 putrajaya

family day amla 1st 2018

family amla
familyday






tuan KJ







hari sukan KPDNKK 2017

giler...kahkahkah

sebahagian team AMLA

pusat sains negara 2017




anak manja




silap ambik pic lepas mkn...kahkahkah



ada 2 3 ekor dinosor

sempena cuti 2017..melaka

sempena cuti sekolah hujung tahun lepas...bwk anak2 jln..

aku akan pastikan tiap2 tahun mcm mn aku sibuk or xde duit skali pun..aku tetap akan bwk dorg pg bercuti or jln2 mana2..






ILKAP-UiTM 2/2017

gambar2 sekitar kursus dip eksekutif undang2









lama jgk aku x update blog nie... nk kata xde masa..mcm pelik jer...

tahun lepas aku rasa paling byk masa terluang...ye lah duk call centre.. bukan ada kje sgt pun..just duk melayan komplen dari public.. byk jgk la kes yg aku cuba selesai terus,, kurang la skit beban kawan2 nk siasat..

kadang2 aku pelik jgk dgn public nie...nk kata xde ilmu pengetahuan..semua yg call cerdik pandai..tapi tah la..benda nk jadi..

ada 1 hari tu..aku bru je masuk opis..ada plak public kol tnya aku dh tgk tv ke belum????
ape kejedahnyer awal pg aku nk tgk tv..mestila aku nk bekpes dulu...ciskek punya public...

jenuh jgk aku bertekak menerangkan mcm2 soalan dia..last2 dia x puashati report intergriti...mmg jilake la...tiba2 aku kena siasat dan diarahkan bertukar...dah la xpanggil pun untk aku bela diri..mmg babi betul..

pengarah aku plak nasib baik la ok..dia suh aku duk jgk situ...dia tau pegawai lain x mau duk situ..
tapi selang beberapa bulan...kene sepak jgk...pasal kena fitnah.. dpt kt aku sapa fitnah... mmg aku buat jahat..

bulan 9 tahun lepas aku dh kena tukar tempat baru..Seksyen AMLA.. tempat menarik..dpt ilmu baru..
selang 2 3 bulan kt situ.. aku sambung study ekpress dip eksekutif undang-undang kt ILKAP selama 1 bulan jgk..

kt AMLA ni byk jgk aku bljar tentang freeze akaun org..bljr tgk akaun..mcm2 lg la..tq jgk pegawai2 AMLA byk ajar aku..

see u next post...

Mana muslim tak mahu anak hafaz Quran?



ULASAN l Kita suka kalau anak hafal semua sajak Usman Awang atau mahir semua lirik lagi Siti Nurhaliza. Jika semua ibu bapa ditanya apa mereka pilih bagi anaknya antara hafal lagu Siti Nurhaliza dan hafaz Quran.

Ibu bapa yang muslim akan memilih hafaz Quran. Siti Nurhaliza tentu suka anaknya hafal semua lirik lagunya, tapi jika anak boleh hafaz Quran, tentu baginya ia lebih baik. Bahkan Datuk K yang gila dengan lagu Nurhaliza, merasa lebih bahagia jika anaknya dengan izin Allah boleh hafaz Quran dari hafal semua lagu isterinya.

Almarhum Datuk Aziz Singah seorang seniman wayang. Dihantarnya anak ke sekolah tahfiz dan khatam. Bahagia jenazahnya solatnya diimam oleh anaknya sendiri. Norman Hakim juga pernah jadi orang wayang dihantarnya anaknya menghafaz Quran di Turki.

Pada benak setiap ibu bapa muslim bercita-cita jika boleh setiap anaknya hafaz Quran. Biar anak itu jadi doktor, jurutera, pengurus bank, saudagar sekaya Robert Kuok, tapi yang eloknya itu juga hafaz Quran. Muslim yang tak betul otaknya saja tak suka anak cucunya hafaz Quran dan tak suka wujudnya sebarang maahad tahfiz.

Yang macam ini, bukan sekadar tak mahu anak cucunya jadi hufaz, anak orang lain pun jangan hafaz Quran. Demokrasi sekular memberi pilihan menyekolahkan anaknya di sekolah, sekolah Tamil atau sekolah Bangla. Jika ibu bapa memilih pondok atau sekolah tahfiz, itu hak mereka.

Demokrasi pendidikan membuat peruntukan perkepala untuk setiap anak Malaysia. Peruntukan itu ikut sekolah mana anak itu belajar. Kerajaan Umno pernah tidak menunaikan hak anak yang ke sekolah pondok. Laporan Jawatankuasa Murad Mohd Nor tentang kebakaran sekolah rakyat Padang Lumat, Yan mentakwil perkara itu.

Muslim apa jika mahu sekolah tahfiz ditutup. Ini mesti muslim Kamal Ataturk. Semua sekolah Arab ditutup. Quran naskah Usmani diharam. Yang dibenarkan Quran rumi. Orang Turki kata, dia tidak sekadar anti Islam, bahkan anti Turki, bangsanya sendiri.

Ataturk bertindak begitu supaya Turki diterima sebagai orang Eropah. Sampai hari ini Eropah tolak Turki masuk komuniti Eropah.

Ketika Turki menuju arah membuang Ataturk ke bakul sampah sejarah, ada orang Islam hendak jadi Ataturk kecil. Biarkan dia dengan labu-labunya.

Moga-moga roh Aziz Singah bahagia kerana ada sekolah anaknya hafiz. Anak yang hafaz itu membwa syafat kepada ibu bapa. Ada pendapat ulama mengatakan seorang hafiz membantu 20 keluarga terdekat menjadi ahli syurga. Moga-moga pendapat itu betul. Amin!

Turki sejak tahun 50-an menuju arah generasi al-Quran. Ribuan remaja hafaz Quran setiap tahun. Sebuah negara yang mundur beberapa dekad setelah kejatuhan empayr Othmaniah, kini ekonomi dan kewangannya antara yang terkukuh di Eropah. Generasi al-Quran dipercayai mengangkat ketahanan umat.
Yang kita mahu ialah syafaat dari penguasaan al-Quran. Semasa rombongan meminang anak saya, saya ditanya syarat peminangan. Maksudnya hantaran. Saya tidak meletak harga kerana bukan hendak menjual anak. Berapa kupang pun tak mengapa. Kalau bawa selori atau 60 kotak dinar emas, saya tidak marah.

Satu syarat kepada bakal besan, setiap cucu saya mesti jadi calon hufaz. Saya tidak tahu apakah syarat itu disampaikan oleh wakil rombongan kepada besan. Itu wasiat saya untuk cucu-cucu saya. Seramai hufaz yang boleh.

SUBKY LATIF ialah wartawan veteran dan bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS. Tulisan ini disiarkan kali pertama di Harakahdaily dengan judul yang sama.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. 20 julai 2018

Artikel ini diambil di portal Malaysiakini oleh penulis blog ini.

Hikmah larangan makan babi



Semua sedia maklum, babi atau khinzir adalah haiwan yang diharamkan keseluruhannya dalam Islam. Di sisi jumhur ulama, tidak kira dagingnya, tulangnya, bulunya atau apa jua adalah haram melainkan ketika darurat.

Babi dikategorikan sebagai najis mughallazah (najis berat) di dalam Islam. Untuk menyucikannya perlu menggunakan tujuh kali cucian dengan salah satunya air bercampur tanah.

Pengharaman

Pengharaman daging babi disebutkan dengan begitu jelas di dalam al-Quran. Bukan hanya satu ayat tetapi Allah berfirman mengenainya pada empat ayat di dalam al-Quran iaitu ayat 173 surah al-Baqarah, ayat 3 surah al-Maidah, ayat 145 surah al-An’am dan ayat 116 surah an-Nahl.

Firman Allah: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-Baqarah ayat 173).

Hakikatnya, bukan agama Islam sahaja yang mengharamkannya. Ulama tersohor, Dr. Zakir Naik dalam satu sesi ceramahnya menegaskan pengharaman babi turut terdapat dalam agama Kristian, Yahudi dan Hindu menerusi kitab-kitab suci masing-masing.

“Babi ialah haiwan yang apabila membuang najis, akan memakan najisnya kembali. Ia antara haiwan yang paling kotor di muka bumi,” katanya.

Sains juga bagai memberikan justifikasi pengharamannya. Pakar kesihatan terkenal Amerika Syarikat, Dr. Joseph Mercola menerusi laman kesihatannya, Mercola ada menulis entri ‘Mengapa saya tidak menyarankan makan babi’.

“Kajian mendapati daging babi boleh memberikan bahaya kepada kesihatan dalam pelbagai peringkat.

“Menurut kajian mengejutkan oleh Consumer Reports, 69 peratus daripada sampel-sampel daging babi yang diuji mengandungi bakteria berbahaya Yersinia enterocolitica yang boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan,” katanya.

Portal Healthline pula menyatakan daging babi berbahaya kerana membawa risiko Hepatitis E, multiple sclerosis (MS) dan kanser hati.

Pendakwah, Ustaz Muhammad Luqman Makhtar berkata, memakan daging babi secara sengaja adalah dosa yang besar dalam Islam, pengharamannya jelas di dalam al-Quran.

“Bagaimanapun sekiranya termakan, bersihkan sahaja hingga tidak ada rasa atau kesannya dengan berkumur-kumur menggunakan air yang banyak atau bersama pembersih mulut yang biasa.

“Tidaklah sampai perlu disamak dengan berkumur-kumur air tanah. Melainkan jika diyakini daging babi itu telah terkena pada bahagian tubuh badan yang lain seperti tangan, maka bahagian tubuh itu yang disamak bagi menghilangkan kegusaran.

“Samak dilakukan jika di luar badan, kalau sudah masuk ke dalam badan, tidak perlu. Tidak ada dalil untuk samak mulut. Islam itu indah dan bukan memayahkan,” katanya.

Petikan Kosmo online/ jurnal / 21 julai 2018

Kami melihat bitcoin yang digunakan untuk memudahkan dalam perdagangan dadah , penjualan senjata, kecurian kad kredit dan mencuri maklumat peribadi, seks kanak-kanak dan ransomware-sebagai-perkhidmatan di seluruh dunia, serta pelbagai jenayah kewangan seperti penipuan, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai. 

Cryptocurrencies telah membawa semua sifat tunai ke dalam dunia digital, membolehkan pengguna berinteraksi dalam talian, merentasi sempadan dan privasi pengguna yang dipertingkatkan. Akibatnya, mereka telah menjadi penyumbang utama kepada jenayah siber.

Untuk pemimpin..

" Sesiapa pun yang nak jadi ketua dan pemimpin kenalah lebih berhati-hati. Orang tidak tengok mereka saja. Orang tengok juga siapa di sekeliling mereka" - Kunta Kinte