Jom sihat!! Cegah Obesiti

Untuk kurangkan 1/2-1 kg seminggu anda perlu..
Kurangkan mengambil salah 1 makanan ini setiap hari..

  • 1 ketul ayam goreng
  • 1 pinggan kuetiau goreng
  • 1 cawan nasi lemak
  • 1 keping roti canai
dan lakukan semua aktiviti ini setiap hari..

  • regangan ( 5 minit )
  • berjalan (10,000 langkah)
  • naik turun tangga ( 9 kali)
  • senaman / bersukan (30 minit)
selamat mencuba

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

[DAMAI RAMADHAN] Larangan Berdiri untuk memberi hormat...

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,
 “Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri,
maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis
Riwayat Ahmad, hadis sahih)
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah
Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu
‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka
mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi,
hadis sahih)
Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah berdiri dengan tujuan
untuk mengagungkan seseorang. Iaitu dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya
dan dia tidak berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri sebagai
tanda hormat.
Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang) dengan sebab untuk
menyambut tetamu atau memberi pertolongan kepada orang yang hadir, maka itu
tidak termasuk di dalam ancaman daripada hadis di atas.
Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan
berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman
Neraka.

Bertemu Ramadhan


"Allahumma sallimna ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan"

maksudnya :

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan