Kenapa Kita Memerlukan Supplement?



  • Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang tinggi daripada sumber makanan seharian. Vitamin daripada makanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.
  •  Buah-buahan & sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik & racun perosak mempengaruhi kualiti buah & sayuran tersebut.
  • Zat makan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan & penyediaan.
  • Gangguan penyerapan zat makanan didalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras & antibiotik.
  • Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolestrol, gula & garam telah mengurangkan simpanan mineral & menganggu penyerapanmineral.
  • Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk & stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri & mengakibatkan masalah kesihatan.
  • Kurangnya penyediaan makanan sihat dirumah & gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  • Persekitaran yang tercemar & immunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral & vitamin telah menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit.
  • Jauhi Hasad Dengki


    Sumber :Cawangan Pembangunan Sumber Manusia dan Kompetensi KPDNKK

    Dengar Dengan Hati..

    Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun, “Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji epal lagi dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?”
     
    Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin, “empat.”
     
    Guru kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah tiga. “Mungkin dia tidak mendengar dengan baik,” bisik guru itu.
     
    Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya mendengar dengan teliti.
     
    Murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu, mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama-lama dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. Tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama, “empat, cikgu!”

    Mutiara Kata 4



    Sumber : Bahagian Integriti KPDNKK