TTPM Saluran alternatif tuntut gantirugi.

Beberapa ramai yang mengetahui salutan untuk membuat aduan dan tindakan yang harus diambil jika menghadapi masalah berkaian hak kepenggunaan? Malah, kekurangan pengetahuan mengenai hak terbabit menyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenainya.
  Bagaimanapun, kecenderungan beberapa pihak mengambil tindakan mahkamah mencerminkan masyarakat semakin peka dengan hak masing-masing. Selain mahkamah, pelbagai biro dan tribunal turut diwujudkan bagi menyelesaikan masalah pengguna dengan pihak tertentu.
  Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) umpamanya menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat tuntutan gantirugi ketika berurusan dengan pembekal dan peniaga.
  TTPM yang ditubuhkan dibawah Seksyen 85, Bahagian XII, Akta Pelindungan Pengguna 1999 adalah badan kehakiman bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna tehadap pembekal barangan atau perkhidmatan. Selaras slogannya, ia menyediakan perkhidmatan lebih mudah, murah dan cepat jika dibandingkan mahkamah biasa.
  Bidang kuasanya mendengar tuntutan gantirugi tidak melebihi RM25,000.00 kecuali tuntutan berkaitan kecederaan diri taua kematian; mendapatkan kembali tanah, astet atau kepentingan mengenai tanah; mempersoalkan hak milik tanah, estet atau francais dan pertikaian wasiat serta rahsia perdagangan.
  Di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, pengguna ditakrifkan sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan bagi maksud kegunaan atau penggunaan diri rumahtangga, dan isi rumah. Menerusi akta berkenaan juga memperuntukkan segala tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga bulan (3 bulan) dari tarikh masalah berbangkit.
  Antara jenis tuntutan yang dikemukan menerusi Tribunal ialah perlakuan mengelirukan dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan; representasi palsu; harga barang yang dibekalkan melebihi harga yang diiklankan; barang/perkhidmatan yang dibekalkan tidak selamat atau tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan; dan barangan tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun pembayaran sudah dibuat.
  Dalam apa jua kes tuntutan yang berasas, Tribunal akan mengeluarkan perintah sama ada memberi pampasan, mengganti atau membaiki semula barangan/perkhidmatan yang diperolehi.
  Untuk sebarang aduan dan pertanyaan boleh layari lawan web http://e-tribunal.kpdnkk.gov.my atau hubungi talian hotline 1800 88 9811, atau pun anda boleh menghubungi pejabat-pejabat KPDNKK berhampiran anda.





**sumber insan dari Utusan Malaysia keluaran khas 24/04/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan