Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang
sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu
menghulurkan sekeping kertas yang bertulis
sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di
apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si
anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan
keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa
yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah
ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan
Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan
menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada
mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah
SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah
yang paling berhak mendapat layanan baik
dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang
sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian
saudara-saudara terdekatmu."
bagi kite yang dah besar...sabarlah dengan kerenah ibu....
BalasPadamtol...kerna syurga ditelapak kaki ibu
BalasPadam