Perbanyakkan selawat setiap hari
Paling kurang 1000 kali sehari - Nampak banyak?
Dengan pakej mudah 15 minit selawat – ia mudah sahaja tanpa tasbih manual mahupun digital, tanpa kiraan jari atau sebagainya..
Hanya dengan melihat jam , dalam lebih kurang tempoh 15 minit, berselawatlah…
“Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala aali Muhammad”
Dalam tempoh 15 minit , kita akan berjaya berselawat sebanyak 300-330 kali .
15 minit x 3 kali = 45 minit, hanya dalam tempoh itu, kita hampir berselawat sebanyak kurang lebih 1000 kali .
Kata Ibn Qayyim, selawat akan mengeluarkan kita dari keadaan yang sempit / sukar kepada keadaan luas / mudah.
Justeru, berselawatlah , hanya 15 minit setiap kali..ketika bersolek, ketika memandu, depan computer.. pasti akan terasa perbezaannya. Hidup ini tidak dapat lari daripada pelbagai cabaran dan masalah, namun dengan keberkatan selawat , kita akan melaluinya dengan tenang , Insha Allah.
· Perkongsian daripada Ustazah Nor Hafizah Musa pada program Pesona Cinta Rasulullah SAW anjuran JAWI
Kenapa kita perlu berselawat ke atas Nabi ?
Dalam surah al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
- Baginda yang telah menyelamatkan kita dengan akidah suci ini
- Baginda juga yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak dengan syafaat baginda
- Dengan selawat kepada bagindalah kita akan beroleh syafaat.
“Dari Abu Hurairah r.a beliau menuturkan bahwa Rasulullah Sollallahu alaihi was sallam bersabda, “Setiap Nabi alaihis salam memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doa tersebut. Dan aku menyimpannya sebagai syafa’at bagi ummatku, kelak di hari kiamat. Maka, syafa’at tersebut Insha Allah akan didapati oleh setiap orang dari umatku yang wafat dalam keadaan tidak menyekutukan Allah ta’ala dengan suatu apapun.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan