Bonus oh Bonus

Semoga artikel ringkas ini dapat kita ambil manfaat serta memberi peringatan kepada kita sebagai manusia yang sentiasa alpa.

Bonus oh Bonus
1. Bonus dah masuk? Alhamdulillah..syukur ya Allah!                     

2. Bonus setengah bulan je? Ada orang dapat sebulan! Mana cukup nak bayar bla...bla..bla......
Wahai penjawat awam yang dirahmati Allah...
Yang mana satu lafaz spontan kita hari ini ketika memeriksa status gaji? 
Jika 1, Alhamdulillah. Tetapi amatlah membimbangkan sekiranya ada di antara kita yang sengaja atau menyebut yang ke-2. 
Justeru, saya mohon sedikit masa anda. Kita ikuti kisah ringkas ini. Harapnya ia berbekas di hati.
***************************************************
Terkesan dengan kisah seorang tukang kebun yang mampu membesarkan bukan 2,4,6 tapi 8 orang anak!! 
Kesemuanya sangat berjaya akademik malah soleh& solehah..Masya'Allah Tabarakallah!!
Apabila ditanya ustaz apa rahsia amalan beliau, tukang sapu ini merendah diri berkata biasa-biasa sahaja ustaz, tidak ada apa yang luar biasa. 
Hanya menjadi amalan beliau, setelah beratur mengambil gaji, segera beliau ke surau untuk SUJUD SYUKUR!
Dan yang paling menyentuh emosi, setelah didesak lagi untuk berkongsi amalannya, dengan merendah diri beliau berkata malu-malu:
"Ustaz...setiap helai not RM50 gaji saya itu, akan saya cium sehelai demi sehelai, satu demi satu sambil berdoa:
Ya Allah..aku bersyukur..dengan duit inilah aku dapat beli rumah..
Ya Allah...aku bersyukur..dengan duit ini dapat beri rezeki pada isteri & anak-anak..
Ya Allah...dengan rezeki-Mu inilah aku dapat besarkan mereka....
Ya Allah...dengan rezekiMu inilah aku dapat sekolahkan mereka...."
SubhanALLAH! Setiap not - ciuman & doa..amalan ini dilakukan setiap bulan, setiap kali dapat gaji. Dan ia hanyalah sekadar 9 keping not RM50.00!!!
ALLAH ya ALLAH...
Mungkin rutin kerjanya setiap hari 'bergelumang' dengan sampah tetapi dalam hidupnya Allah campakkan barakah, rezeki yang berkat, isteri yang taat, zuriat yang hebat!!!
Jom periksa bagaimana reaksi kita setiap kali dapat bonus/gaji? 
Sering meratus, merungut-rungut tidak cukup atau tidak henti-henti melafazkan & menterjemahkan syukur??
Muhasabah diri dan pilihlah ke arah mana yang kita mahukan..
Betulkan dan maafkan saya jika salah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan