SEEKOR KUDA DI DALAM PERIGI BUTA

Seekor kuda terjatuh ke dalam sebuah perigi buta yang sudah kering airnya. Orang-orang kampung yang melihat kejadian tersebut merasakan tidak mampu untuk menolong melepaskan kuda itu lalu mereka memutuskan untuk menimbus perigi buta itu dan menguburkan kuda itu hidup-hidup. Ini supaya bangkainya nanti tidak mengganggu orang kampung dan kejadian seumpamanya tidak akan berlaku lagi.
Mereka pun bergotong-royong mengangkut tanah dan memasukkannya ke dalam perigi buta tersebut. Tetapi, apa yang terjadi? Setiap tanah yang terkena di belakang sang kuda, ia terus membuangnya ke bawah lalu memindahkan kakinya ke atas tanah tersebut. Semakin tinggi tanah menutup perigi buta itu, semakin tinggi pula kedudukan sang kuda. Sehingga akhirnya ia berjaya keluar dari perigi buta itu dengan selamat.
Pengajaran:
Begitulah gambaran kehidupan kita, ada waktunya ditimpa beban dan masalah maka elakkannya dan berdirilah dengan kukuh di atasnya. Suatu ketika nanti semuanya itu akan mengangkat kembali kedudukan kita di atas.
Ketika ada orang lain yang cuba merendah-rendah, menghina atau berusaha untuk menjatuhkan kita. Sebenarnya itu adalah peluang kepada kita sekiranya dilihat dari sudut yang berbeza dan akan memberikan keuntungan  jika terus berjuang, bertahan dan pantang menyerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan