HAK.

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara :
1.      Hak kepada diri
Iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2.      Hak kepada Malaikat Maut
Iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH S.W.T.
3.      Hak Kepada Kubur
Iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4.      Hak Kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
Iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat
5.      Hak Kepada Mizan
Iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6.      Hak Kepada Titian Sirat
Iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, membantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah

BERDOALAH SELAGI BELUM DIMAKBULKAN

Terdapat sesetengah daripada kita apabila doanya tidak dimakbulkan, mereka berasa kecewa atau putus asa. Mereka beranggpan ALLAH tidak mendengar doanya serta tidak mendapat perhatian ALLAH. Anggapan mereka sebenarnya salah. DIA sentiasa mendengar doa para hamba-NYA.
ALLAH akan memperkenankan doa hamba-NYA selagi tidak mengandungi unsur-unsur seperti permintaan yang melibatkan dosa, memutuskan silaturahim atau perasaan tidak sabar agar doa tersebut segera diperkenankan. Seseorang yang berdoa itu hendaklah sentiasa bersangka baik dengan ALLAH bahawa DIA akan memperkenankan  dia tersebut walau dengan cara apa sekalipun. Begitu juga dia tidak boleh mudah putus asa dan hendaklah sentiasa berharap agar doanya itu dimakbulkan.
Sama ada doa itu dipercepat dan lambat diperkenankan, hanya ALLAH yang tahu. Sudah tentu ada sebab dan musababnya sesuatu doa itu dipercepat atau dilambatkan. Oleh kerana itu, usah henti berdoa dan teruslah berdoa.
Cara bagaimana ALLAH memperkenankan doa seseorang hamba-NYA juga berbeza-beza. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar dan rezeki yang melimpah ruah tetapi ALLAH Maha Mengetahui…apabila diberik kekayaan, dia akan sombong dan bakhil lalu dia hanya diberikan rezeki yang hanya secukupnya.
Oleh yang demikian, kita berdoa usah sekali-kali membuat kesimpulan bahawa doa tersebut tidak diterima, sebaliknya hendaklah melihat ke dalam diri sendiri apakah yang menyebabkan doa itu lambat diperkenankan.
Hadis daripada Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Yala, Rasulullah S.A.W. berkata, “ Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa atau memutuskan silaturahim melainkan ALLAh akan memberi kepadanya salah satu daripada tiga perkara; sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya.
Berdoa kepada ALLAH merupakan satu ibadat. Maksudnya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadat selamat sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadat sepanjang malam. Rasulullah S.A.W. berkata dalam satu hadis daripada Abu Daud dan At-Tirmiizi, Rasulullah S.A.W. berkata, “Doa itu adalah ibadat”.

Al-Quran Sebagai Panduan Hidup

Terjemahan Ayat Al-Quran :
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini adalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah sebagai ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka juga telah mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).
Lalu mereka ditimpa keburukan akibat daripada perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.
 (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuhnya kepada-Nya sebelum kamu didatangkan azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
"Dan ikutlah - Al-Quran - sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
"(Diperintahkan demikian) supaya tidak ada seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah termasuk dari kalangan orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)”
(Surah Az-Zumar : 39 :49-56)

PESONA CINTA RASULULLAH SAW

Perbanyakkan selawat setiap hari
Paling kurang 1000 kali sehari  - Nampak banyak?
Dengan pakej mudah 15 minit selawat – ia mudah sahaja tanpa tasbih manual mahupun digital, tanpa kiraan jari atau sebagainya..
Hanya dengan melihat jam , dalam lebih kurang tempoh 15 minit, berselawatlah…
“Allahumma Solli  ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala aali Muhammad”
Dalam tempoh  15 minit , kita akan berjaya berselawat sebanyak 300-330 kali .
15 minit  x 3 kali = 45 minit, hanya dalam tempoh itu, kita hampir berselawat sebanyak kurang lebih 1000 kali .
Kata Ibn Qayyim, selawat akan mengeluarkan kita dari keadaan yang sempit / sukar kepada keadaan luas / mudah.
Justeru, berselawatlah , hanya 15 minit setiap kali..ketika bersolek, ketika memandu, depan computer.. pasti akan terasa perbezaannya. Hidup ini tidak dapat lari daripada pelbagai cabaran dan masalah, namun dengan keberkatan selawat , kita akan melaluinya dengan tenang , Insha Allah.
·      Perkongsian daripada Ustazah Nor Hafizah Musa pada program Pesona Cinta Rasulullah SAW anjuran JAWI