HAK.

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara :
1.      Hak kepada diri
Iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2.      Hak kepada Malaikat Maut
Iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH S.W.T.
3.      Hak Kepada Kubur
Iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4.      Hak Kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
Iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat
5.      Hak Kepada Mizan
Iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6.      Hak Kepada Titian Sirat
Iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, membantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah

7.      Hak Kepada Malaikat Malik
Iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH S.W.T. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8.      Hak Kepada Malaikat Ridwan
Penjaga Syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH S.W.T. sabar menerima  bala’ dan bertaubat.
9.      Hak Kepada Rasulullah S.A.W.
Iaitu dengan sering berselawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak Kepada ALLAH
Iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada  melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
            “Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang yang lain.. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
            Yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan