Memulakan karier sebagai penyanyi piring hitam bersama EMI dam merakamkan EP pertama pada 1969 berjudul 'Seri Dewi Malam'. Selepas iti disusuli pula dengan puluhan album yang dirakamkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris di sepanjang hayatnya.
Lebih menarik lagi apabila nama beliau tepahat di dalam 'Malaysia Book of Records' atas pelbagai kejayaan dan pencapaian di arena seni suara tempatan dan antarabangsa. Sejarah turut tercipta apabila beliau direkodkan sebagai 'Artis Paling Lama Bertahan Di Bawah Satu Syarikat Rakaman' iaitu EMI selama lebih 30 tahun.
Biduanita yang satu ini juga banyak melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan. Menurut sumber, sepanjang hayatnya beliau telah menjayakan sebanyak 2,518 persembahan amal diseluruh negara tanpa mengenakan sebaranag bayaran demi membantu insan-insan memerlukan. Selain itu, Allahyarham turut aktif dalam aktiviti keagamaan dan beliau amat disegani ramai termasuk rakan-rakan artis sendiri atas kelebihannya mengaji dan menghafaz kitab suci Al-Quran dengan begitu baik sekali.
Pemergian Allahyarham yang menghembuskan nafas terkahirnya pada tanggal 5 Julai 2014 yang lalu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam pada negara kerana kita kini kehilangan sebutir bintang yang amat berharga dan sukar dicari ganti.
Semoga apa yang baik akan dijadikan contoh dan teladan kepada golongan seni lainnya dan juga para peminatnya. Perginya Allahyarham adalah suatu ketentuann selain dari cinta dan kasih oleh Yang Maha Esa.
Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan