Surah

Sabda Nabi SAW :
"Surah az-Zalzalah menyamai setengah al-Quran, surah al-Kafirun menyamai satu perempat al-Quran, dan surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran".
 (Riwayat at-Tirmiri, al-Hakim dan al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas r.a)

Surah Quraisy

Kata Abu Hasan al-Qazwiniy: "Sesiapa yang hendak musafir lalu takut akan musuh atau binatang buas, hendaklah dia membaca : Surah Quraisy, maka ia memberi kemanan baginya daripada segala perkara buruk."

Surah ar-Rahman

Sabda Nabi SAW:
" Bagi setiap sesuatu itu penyeri (pengantin), penyeri bagi al-Quran ialah surah ar-Rahman."
(Riwayat al-Baihaqi daripada Ali k.w.j)


Surah al-Waqi'ah


Sabda Nabi SAW:
" Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."
(Riwatat al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud r.a)

Surah al-Hasyr

Sabda Nabi SAW:
" Sesiapa yang membaca ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr pada malam atau siang, tiba-tiba dia meninggal dunia pada hari atau malamnya, maka diwajibkan baginya syurga."
(Riwayat Ibnu 'Adiy dalam Al-Kamil dan al-Baihaqi daripada Abu Umamah r.a)

Ayat-ayat terkahir surah al-Hasyr







Sekiranya Kam iturunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya memikirkannya.
Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia; Yang Menguasi; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat; Yang Memiliki segala Kebesaran. Maha Suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan.
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan; Yang Membentuk rupa; bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baiknya; segala yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya.
Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan