Surah

Sabda Nabi SAW :
"Surah az-Zalzalah menyamai setengah al-Quran, surah al-Kafirun menyamai satu perempat al-Quran, dan surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran".
 (Riwayat at-Tirmiri, al-Hakim dan al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas r.a)

Surah Quraisy

Kata Abu Hasan al-Qazwiniy: "Sesiapa yang hendak musafir lalu takut akan musuh atau binatang buas, hendaklah dia membaca : Surah Quraisy, maka ia memberi kemanan baginya daripada segala perkara buruk."

Surah ar-Rahman

Sabda Nabi SAW:
" Bagi setiap sesuatu itu penyeri (pengantin), penyeri bagi al-Quran ialah surah ar-Rahman."
(Riwayat al-Baihaqi daripada Ali k.w.j)


Surah al-Waqi'ah

abadi dalam kenangan..Datuk Sharifah Aini



Sharifah Aini binti Syed Jaafar atau lebih dikenali sebagai Datuk Sharifah Aini yang lahir pada tanggal 2 Julai 1953 di Johor Bahru ini adalah seorang penyanyi tersohor negara yang telah dinobatkan dengan gelaran sebagai Biduanita Negara dan hingga kini masih belum ada gantinya.

Memulakan karier sebagai penyanyi piring hitam bersama EMI dam merakamkan EP pertama pada 1969 berjudul 'Seri Dewi Malam'. Selepas iti disusuli pula dengan puluhan album yang dirakamkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris di sepanjang hayatnya.

Lebih menarik lagi apabila nama beliau tepahat di dalam 'Malaysia Book of Records' atas pelbagai kejayaan dan pencapaian di arena seni suara tempatan dan antarabangsa. Sejarah turut tercipta apabila beliau direkodkan sebagai 'Artis Paling Lama Bertahan Di Bawah Satu Syarikat Rakaman' iaitu EMI selama lebih 30 tahun.

Biduanita yang satu ini juga banyak melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan. Menurut sumber, sepanjang hayatnya beliau telah menjayakan sebanyak 2,518 persembahan amal diseluruh negara tanpa mengenakan sebaranag bayaran demi membantu insan-insan memerlukan. Selain itu, Allahyarham turut aktif dalam aktiviti keagamaan dan beliau amat disegani ramai termasuk rakan-rakan artis sendiri atas kelebihannya mengaji dan menghafaz kitab suci Al-Quran dengan begitu baik sekali.

Amalkan menyebut nama ALLAH

Berapa ramaikah di antara kita sentiasa menyebut nama ALLAH dalam sehari? Dengan sentiasa menyebut nama ALLAH akan menghindarkan kita daripada melakukan  sesuatu yang ditegah. Rasulullah S.A.W. sering berpesan kepada umatnya agar berwaspada dengan tipu daya nikmat dunia. Sehubungan itu Rasulullah S.A.W. meninggalkan lima pesanan yang perlu diambil perhatian oleh setiap umatnya. Misalnya, menjaga maruah diri, keluarga dan masyarakat agar tidak terjebak dengan permainan hidup yang melalaikan dan merosakkan akidah.
1.      Sentiasa menyebut nama ALLAH daripada makhluk lain.
Dalam hidup seharian, kita lebih suka memuji sesama insan apabila mereka berbuat baik kepada kita atau memberikan sesuatu kepada kita tetapi jarang memuji ALLAH yang setiap masa memberikan kenikmatan hidup kepada kita.
Membasahi lidah dengan zikrullah adalah salah satu cara memuji dan mengingati ALLAH. Imam Ibnu Qayyim berkata, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila manusia gersang daripada siraman zikir, ia ibarat tubuh yang terhalang daripada menerima makanan asas.”
2.      Menyebut akhirat daripada urusan dunia
Rasulullah S.A.W. sering berpesan agar memperbanyakkan menyebut perkara-perkara yang berkaitan akhirat daripada perkara keduniaan untuk menyemarakkan semangat melakukan alam ibadat. Nikmat yang diperolehi di dunia sebenarnya hanya 1/100 daripada nikmat yang akan diperolehi di akhirat kelak. Maksudnya, kita usah terlalu memikirkan kehidupan di dunia sedangkan kehidupan untuk akhirat diketepikan.
Imam Al-Qurtubi ada menyebut, “Tuntutlah kurniaan ALLAH di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan ALLAH dari dunia untuk akhirat, iaitu syurga.”
3.      Menyebut dan mengingati kematian daripada kehidupan dunia
Semasa hidup kita sering memikirkan apakah bekalan yang akan kita kumpul apabila usia tua kelak tetapi kita lupa untuk mencari bekalan hari akhirat.
Apabila kita sering menyebut tentang kehidupan, kita lupa untuk mencari bekalan akhirat sedangkan kita tidak tahu bila masanya kita akan dijemput bertemu ALLAH. Sikap Saiyidina Ali r.a. perlu dicontohi, walaupun sudah dijamin masuk syurga tetapi tetap mengeluh kerana bekalan untuk hari akhirat masih sedikit.
4.      Elak memperkatakan kebaikan diri dan keluarga
Kerap memperkatakan kebaikan diri dan keluarga akan menimbulkan perasaan riak. Sifat ini memang disukai syaitan dan akan menyebabkan kita suka membanggakan diri. Sifat ini akan merosakkan pahala kebajikan yang pernah kita lakukan. Sebaik-baiknya kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan. Apa yang kita perolehi di dunia ini sebenarnya kurniaan ALLAH dan bukan milik mutlak kita.
Rasulullah S.A.W. pernah berpesan, “Yang amat aku takuti ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.” Ini kerana riak merupakan amal yang paling kecil semata-mata untuk diperlihatkan kepada orang dan meninggalkan amal bukan kerana ALLAH tetapi kerana orang.”  NAUZUBILLAH..

SENTIASALAH MEMBERI SALAM

Berapa kalikah di dalam sehari kita memberi salam sesama muslim apabila bertemu atau menelefon? Berbahagialah mereka jika sentiasa memberi salam setiap kali bertemu dengan sesama muslim kerana sifat seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada umatnya.
Syariat menggalakkan kita menebarkan salam kepada saudara seagama tidak kira di mana (bukan tempat yang tidak sesuai) dan siapa sahaja. Ini kerana, salam yang diucapkan akan membuka hubungan silaturahim, merapatkan jurang dan tanda kemesraan dihulurkan kepada penerima salam tersebut.
Ucapan salam merupakan ucapan yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada orang yang diberi dan menjawabnya adalah wajib. Apakah hikmah Rasulullah S.A.W. berpesan supaya sentiasa memberikan salam? Sudah tentulah dengan memberi salam sama ada kepada orang kita kenal atau tidak, secara tidak langsung akan menjalinkan hubungan harmoni dan menunjukkan betapa hubungan sesama umat Islam sentiasa bersatu padu.
Kenyataan ini jelas apabila Rasulullah S.A.W. pernah berpesan, Apakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan, kamu akan bersatu pada dan berkasih sayang iaitu menyebarkan assalamualaikum di antara kamu.”
Ucapan memberi salam merupakan satu amal perbuatan yang dituntut kerana Rasulullah S.A.W. sendiri pernah mengingatkan, “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat rupa kalian begitu juga dengan harta tetapi ALLAH melihat hati dan amal perbuatan yang dilakukan.”
Jelaslah di sini Rasulullah S.A.W. berpesan supaya mengamalkan memberi salam kepada sesama Islam kerana ia merupakan satu amal dan adakah kita sudah menyediakannya sebagai bekalan pada hari akhirat kelak? Ia juga akan dihitung sebagai timbangan amal perbuatan kita.